Zakat adalah rukun Islam yang ketiga, dan sebahagian penting dalam sistem sosio-ekonomi Islam. Dengan memberikan sebahagian daripada harta sebagai zakat, umat Islam melaksanakan kewajipan agama, membersihkan harta mereka di sisi Allah, dan membantu meningkatkan keimanan dan taraf hidup seluruh masyarakat Islam.
Zakat terbahagi kepada 2 Jenis iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan, selalunya di tunaikan pada bulan Ramadan.
Zakat Fitrah
Zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat ditetapkan.
Zakat Harta
Zakat yang dikenakan ke atas harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar Zakat Harta dan Pendapatan adalah 2.5% daripada jumlah nilai.
Harta pendapatan ialah semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha.
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan.
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Zakat yang wajib dikeluarkan oleh pemilik saham atau pemilik syarikat yang turut berkongsi keuntungan atau kerugian.
Zakat yang dikenakan hasil pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya ang dicarum di KWSP.
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Mata wang kripto adalah mata wang yang dicipta berasaskan teknologi Blockchain dan teknologi digital.
Zakat padi wajib dikeluarkan atas HASIL BERSIH jualan padi (Hasil jualan padi-kos penghasilan padi).
Fidyah ialah bayaran denda bagi individu yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan sebelum tiba Ramadhan berikutnya.
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Matlamat utama zakat dalam Islam adalah untuk mewujudkan keadilan sosial dan keseimbangan ekonomi melalui pengagihan semula kekayaan.
Zakat bertujuan untuk menyamakan agihan harta dengan memberi sebahagian kecil harta kepada mereka yang memerlukan.
Selain itu, zakat juga membersihkan hati para pembayar zakat daripada sifat tamak dan meningkatkan perpaduan sosial dalam masyarakat.
Dengan menunaikan zakat, umat Islam dapat melahirkan masyarakat yang adil, prihatin dan tolong menolong antara satu sama lain, selaras dengan nilai-nilai Islam.
Zakat mewujudkan keadilan sosial dan keseimbangan ekonomi dengan menyamakan agihan kekayaan melalui pembayaran sebahagian daripada aset kepada mereka yang memerlukan.
Melalui proses ini, zakat bukan sahaja memberi bantuan material kepada yang memerlukan, tetapi juga membina perpaduan sosial, membersihkan hati pembayar zakat daripada sifat tamak, dan menggalakkan pembasmian kemiskinan.