Berita Terkini LZS

LZS SERU UMAT ISLAM TUNAIKAN ZAKAT SEBELUM HUJUNG TAHUN

SHAH ALAM, 24 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru umat Islam agar segera menunaikan kewajipan zakat menjelang penutupan tahun 2025 yang berbaki hanya beberapa hari lagi.

Seruan itu dibuat menerusi kempen khas “Rezeki Dikongsi, Impak Dirasa” yang berlangsung sehingga 31 Disember 2025, dengan cabutan khas hujung tahun disediakan sebagai ganjaran kepada pembayar zakat.

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk pakej umrah, motosikal Honda RS-X Winner dan Honda Wave Alpha, komputer riba serta pelbagai barangan elektrik rumah.

Kempen ini bukan sahaja bertujuan menghargai pembayar zakat, malah menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menunaikan zakat tepat pada masanya, khususnya dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terus terpelihara.

Umat Islam digalakkan menunaikan zakat sebelum 31 Disember ini melalui pelbagai saluran pembayaran yang disediakan oleh LZS bagi memastikan agihan zakat kepada golongan asnaf dapat dilaksanakan secara berterusan.

Kongsi di media sosial

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor