Berita Terkini LZS

DYMM Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan, Sampaikan Sumbangan Kepada 510 Asnaf

SHAH ALAM, 9 Mac 2026 — Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada syarikat korporat sempena Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat yang berlangsung di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, di sini hari ini.


Antara syarikat yang menunaikan zakat perniagaan ialah CIMB Islamic Bank Berhad dengan bayaran sebanyak RM1.65 juta, diikuti SIRIM Berhad yang menunaikan zakat berjumlah RM1.46 juta.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM255,000 kepada 510 penerima asnaf terdiri daripada 156 fakir, 300 miskin dan 54 mualaf. Setiap penerima menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang bagi membantu meringankan keperluan sempena Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Salehuddin Saidi dan Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Anhar Opir. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari.

Kongsi di media sosial

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor