Zakat Selangor Peduli: LZS Peruntukan RM69.3 Juta Santuni Asnaf Dan Golongan Terkesan

SHAH ALAM, 2 Julai 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM69.3 juta menerusi 19 inisiatif bantuan di bawah Zakat Selangor Peduli bagi menyantuni asnaf dan golongan B40 terkesan, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan akibat penularan pandemik COVID-19. Inisiatif bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 59,322 penerima dan 431 […]
LZS Salur RM1.8 Juta Kepada 17 Buah Hospital

SHAH ALAM, 25 Jun 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,770,000 kepada Tabung Kebajikan Pesakit LZS di 17 buah hospital sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bantuan berbentuk geran yang diperuntukkan sejak tahun 2008 lagi merupakan sebahagian usaha LZS menyantuni golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 bagi meringankan beban mereka yang memerlukan kos pembiayaan […]
LZS Serah Sumbangan 20 Buah Kerusi Roda Kepada Hospital UiTM

PUNCAK ALAM, 25 Jun 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan 20 buah kerusi roda kepada Hospital UiTM sebagai usaha berterusan menyokong institusi awam utama di negara ini dalam menangani pandemik COVID-19. Kerusi roda berkenaan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop kepada Pengarah Hospital UiTM, Profesor Dr. Sazzli Shahlan Kasim dalam […]
Zakat Selangor Peduli: LZS Jalin Kerjasama PDRM Agih Bakul Makanan

PETALING JAYA, 22 Julai 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM100,000 berupa bakul makanan di bawah inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli, yang akan diedarkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada mereka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19. Sumbangan 1,000 bakul makanan ini diagihkan melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kepada […]
LZS Jalin Kerjasama Dengan JKNS Realisasikan Skuad VOTG

SHAH ALAM, 8 Jun 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyediakan pengangkutan khas, khusus bagi merealisasikan program Skuad Vaccine On The Go (VOTG). Majlis pelancaran dan pelepasan Skuad VOTG ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz […]
23 Cawangan LZS Ditutup Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh 3.0

SHAH ALAM, 31 Mei 2021 – Berikutan pengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP) 3.0 yang diumumkan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19, ibu pejabat dan 23 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan ditutup bermula 1 hingga 14 Jun 2021. Bagaimanapun, penutupan ini tidak akan menjejaskan penyaluran bantuan bulanan untuk asnaf sedia ada, dan mereka […]
Viral Ibu Tunggal: LZS Sahkan Dua Daripadanya Adalah Asnaf

SHAH ALAM, 4 Mei 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan dua daripada ibu tunggal yang mendakwa tidak menerima bantuan dari mana-mana agensi sebelum ini adalah asnaf zakat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop dalam sidang akhbar yang diadakan, ibu tunggal pertama tersebut merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS dan masih menerima […]
13 Keluarga Asnaf Fakir Dan Miskin Dapat Rumah Baru LZS Sempena Syawal

KUALA SELANGOR, 23 April 2021 – Kedatangan Syawal tahun ini amat istimewa buat 13 keluarga asnaf fakir dan miskin di daerah Kuala Selangor apabila menerima rumah baru dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,209,000.00 yang disampaikan dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di sini. Setiap keluarga ini menerima rumah tiga bilik berkeluasan […]
LZS Serah Sumbangan Zakat RM255 Ribu Kepada Hospital Dan Pusat Jagaan Warga Emas

SELAYANG, 16 April 2021– Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM255,000.00 kepada enam buah hospital dan lima buah pusat jagaan warga emas dalam Majlis Serahan Dana Hospital Mesra Ibadah dan Pelancaran Bakul Qaseh Ramadan di sini. Enam buah hospital tersebut ialah Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Ampang, Hospital Shah […]
Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Kekal RM7

Berita Terkini LZS Kembali ke Berita Terkini LZS Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Kekal RM7 Oleh Ima Syuhada – 21/04/2021 SHAH ALAM, 9 April 2020 – Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan bagi umat Islam di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah ialah sebanyak RM7.00 seorang, sama seperti tahun sebelumnya (2020). Ia selaras dengan […]
