PTPTN Salurkan Lebih RM206 Ribu Wakalah Agihan Untuk Asnaf Selangor

SHAH ALAM, 11 Oktober 2021 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengagihkan wakalah zakat PTPTN berjumlah RM206,100.00 kepada golongan asnaf di Selangor. Ia melibatkan sumbangan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada 157 orang pelajar Bait Al-Hasanah dan 250 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan […]

LZS Peruntukan Wang Pengurusan Operasi Amil RM1.0 Juta Bantu Institusi Perubatan Dan Petugas Barisan Hadapan

SERDANG, 20 September 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan keseluruhan sumbangan sebanyak RM1,000,000.00 wang pengurusan operasi amil yang disalurkan bagi membantu institusi perubatan awam dan petugas barisan hadapan di Selangor dalam menangani pandemik COVID-19. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata “Sumbangan tersebut menggunakan dana pengurusan operasi amil yang diperuntukkan di bawah […]

Lima Pelajar Terima Tajaan Dermasiswa LZS

SHAH ALAM, 15 September 2021 – Seramai lima orang pelajar yang menerima tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) berlepas ke Jordan hari ini untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah. Turut menyertai mereka ialah 60 orang pelajar termasuk dua orang yang mendapat Biasiswa Khas Menteri Besar. Pemergian para pelajar tersebut diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor […]

LZS Jalin Kerjasama Richworks Agih Bakul Makanan

SHAH ALAM, 4 September 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama syarikat pengeluar zakat Richwork International Sdn Bhd hari ini mengagihkan sebanyak 250 bakul makanan kepada keluarga asnaf fakir dan miskin di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam. Sumbangan ini diagihkan melalui Pertubuhan Kebajikan Richwell yang disampaikan oleh Naib Presiden, Suley Nordyana Yahya. Turut […]

Zakat Selangor Peduli: 1,000 Guru Tahfiz Terjejas Dibantu

SHAH ALAM, 25 Ogos 2021 – Seramai 1,000 guru pusat tahfiz yang terjejas akibat pandemik COVID-19 akan dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi bantuan Zakat Selangor Peduli. Selain itu, LZS turut menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada 250 institusi tahfiz yang berdaftar di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS). Buat masa ini, maklumat […]

LZS Sumbang 7,000 Set Ppe Bagi Pengurusan Jenazah Covid-19 Selangor

KLANG, 18 Ogos 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan 7,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM385,000.00 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi kegunaan petugas-petugas pengurusan jenazah COVID-19 di negeri ini. Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop kepada Pengarah JAIS, Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu […]

Perkhidmatan Cawangan LZS Secara Janji Temu Mulai 23 Ogos

HAH ALAM, 20 Ogos 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membuka semula perkhidmatan 12 cawangan LZS di daerah secara janji temu mulai 23 Ogos ini. Waktu operasi bagi cawangan LZS adalah berdasarkan hari bekerja bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Bagaimanapun, cawangan Kompleks UTC Shah Alam akan beroperasi setiap hari kecuali pada […]

LZS Serah Sumbangan Pek Makanan & Minuman Kepada PKRC MAEPS DAN CAC Shah Alam

SERDANG, 9 Ogos 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan pek makanan dan minuman bernilai RM60,000 kepada pesakit dan petugas barisan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati, Shah Alam. Ia melibatkan 20,280 paket biskut dan kudapan, 9,600 botol air […]

Zakat Selangor Peduli: LZS Agih 120 Bakul Makanan Dengan Kerjasama IPD Shah Alam

SHAH ALAM, 23 Julai 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan agihan zakat berupa 120 bakul makanan yang diperuntukkan di bawah inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli untuk diedarkan kepada mereka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Penyerahan bakul makanan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai […]

LZS Salur Bantuan Makanan Di Pusat Penilaian Covid-19

SHAH ALAM, 16 Julai 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan 2,000 pek makanan dan minuman untuk diedarkan kepada orang awam yang hadir membuat penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Melawati selama tempoh 30 hari bermula hari ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop, sumbangan melibatkan 60,000 roti dan air ini […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor