Syariah Zakat

Bayaran zakat menggunakan Al-Quran​

Pandangan DSD

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 18 Julai 2023 berkaitan Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2023 telah memutuskan bahawa:7

Nisab zakatnya (pendapatan) adalah berdasarkan (nilai) berat timbangan 85 gram emas pada harga semasa.”

Dr. Yusof al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh az-Zakah menyatakan:8

Oleh kerana Zakat Pendapatan disandarkan nisabnya kepada nisab mata wang iaitu yang bersamaan nilai 85 gram emas atau 20 mithqal (dinar) dan manusia menerima gaji dan pendapatan mereka dalam bentuk mata wang, maka yang paling utama hendaklah ditetapkan nisab Zakat Pendapatan adalah dengan nisab mata wang.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, seseorang yang ingin menunaikan Zakat Pendapatan wajib menunaikannya zakatnya dalam bentuk wang dan tidak sah ditunaikan dalam bentuk barang.

Selain itu, pemberian zakat dalam bentuk wang adalah menepati maslahah dan memenuhi keperluan sebenar asnaf berbanding pemberian barang. Hal ini kerana melalui pemberian wang kepada asnaf, mereka boleh mendapatkan keperluan asasi yang mereka perlukan.

Manakala pemberian zakat dalam bentuk barangan dibimbangi akan menyebabkan asnaf tidak memerlukan barangan tersebut atau barangan yang diterima tidak dapat memenuhi keperluan asasi diri dan tanggungannya seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan seumpamanya.

Oleh itu, pembayaran zakat dalam bentuk pembelian al-Quran untuk diserahkan kepada asnaf adalah tidak sah kerana ianya bercanggah dengan nas-nas Syarak dan tidak menepati Maqasid Syariah ibadah zakat iaitu untuk memenuhi hajat dan keperluan asasi diri asnaf dan tanggungannya.

Oleh yang demikian, dana zakat boleh dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan lain yang lebih utama dan memberi pulangan besar kepada umat Islam.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor