"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat"

Surah An-Nur, ayat 56

Tidak berkesempatan untuk ke kaunter untuk melunaskan zakat anda? Jangan bimbang! Dengan Lembaga Zakat Selangor, pembayaran zakat kini boleh dibuat dengan lebih mudah dan mengikut keselesaan anda.

Kesemua pembayaran akan dilakukan dalam real time online dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Bank yang boleh membuat bayaran melalui eZakat Pay

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Ejen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.

Bagaimana transaksi dilakukan?

Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran eZakat Pay untuk membayar zakat.

Nota: Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat boleh diselesaikan dengan mudah.

Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan e-Zakat Pay

Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut.

Tiada bayaran tambahan dikenakan

Tidak, pembayar tidak dikenakan sebarang caj tambahan sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah ini, akan tetapi terdapat had minimum iaitu RM 10 bagi setiap pembayaran melalui kaedah ini.

Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat

Pengguna tidak perlu memasang apa jua bentuk perkakasan untuk menggunakan sistem ini. Walaubagaimanapun, pihak MEPS akan menyediakan pihak merchant (Lembaga Zakat Selangor) dengan Seller plug-in iaitu satu perisian keselamatan yang akan letakkan di dalam portal LZS (MAIS) bagi menjamin keselamatan pembayaran yang dilakukan.

Proses yang selamat

Keseluruhan transaksi di encrypted dengan 128 Bit SSL

Oleh itu, semua maklumat yang dihantar adalah selamat seperti membuat pembayaran di website bank tersebut. Pengguna juga disahkan di platform internet banking untuk semua transaksi yang dilakukan.

Selain itu, kesemua pembayaran akan dilakukan dalam real time online iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

Borang Potongan Gaji Online

Isi borang untuk permohonan baru bagi bayaran zakat melalui potongan gaji, menambah atau mengurangkan potongan gaji zakat bulanan anda.

Direct Debit Untuk Zakat

Jika anda risau tentang terlepas pembayaran, pilihlah Direct Debit!

Potongan bulanan zakat dari akaun bank individu ini adalah alternatif yang mudah bagi mereka yang bekerja dengan majikan yang tidak menyediakan potongan gaji Skim Berkat (Potongan Gaji).

Direct Debit akan dibuat pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan agar zakat anda sampai kepada mereka yang memerlukan.

Qada Zakat

Takrif Qada Zakat
Qada zakat bermaksud, melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja atau meninggalkanya dengan apa-apa alasan sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan dengan kadar segera.

Qada dalam konteks ibadah ialah setiap amalan fardu (seperti puasa, solat dan zakat) yang ditinggalkan wajib diqada sama ada disebabkan lupa, sengaja meninggalkannya atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Individu atau syarikat yang telah cukup syarat wajib menunaikan zakat, layak menunaikan zakat pada tahun-tahun yang lalu dan jika masih belum melunaskan semua zakat yang wajib bagi tahun yang lalu, maka zakat itu wajib diqada.

Daripada segi istilah fuqaha, qada ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qada atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah atau yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Hambali dan Imam Syafie:“Ketika penunaian zakat itu dapat dilakukan dengan segera, maka orang yang mengakhirkan penunaiannya dianggap ceroboh (kepada kewajipan berzakat), sehingga dia mesti bertanggungjawab terhadap pencerobohan yang dilakukan.”

Rujuk Al-Mughni, Jilid 2, halaman 686 dan Al-Majmu’, Jilid 5, halaman 302.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
Fatwa dibawah Seksyen 47 berkaitan Hukum Mengagihkan Secara Persendirian dan Qada Zakat. Mengenai hukum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Crowdzakat

Tunai zakat mengikut jenis bantuan pilihan anda. Kini anda boleh terus tunaikan zakat khusus kepada bantuan pendidikan, kewangan, rumah dan sebagainya.

Cawangan LZS

Lembaga Zakat Selangor mempunyai pelbagai cawangan di seluruh Selangor, termasuk Ibu Pejabat di Shah Alam, serta cawangan di lokasi-lokasi di daerah Selangor. Anda boleh mencari cawangan terdekat melalui laman web rasmi dengan klik butang dibawah atau hubungi talian pusat khidmat pelanggan mereka untuk maklumat lanjut.

Zakat Selangor Sana Sini (ZASSS)

Bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat, Lembaga Zakat Selangor menyediakan kemudahan Kaunter Bergerak atau Zakat Selangor Sana Sini (ZASSS) yang beroperasi di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Selangor.

Dengan ZASSS, masyarakat boleh mendapatkan perkhidmatan zakat dengan lebih dekat, cepat dan mudah tanpa perlu hadir ke cawangan tetap. ZASSS turut menawarkan:

* Khidmat pembayaran zakat.
* Semakan rekod dan penyata zakat.
* Khidmat rundingan dan penerangan berkaitan zakat.

Ejen Kutipan

Selain cara bayaran yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor, terdapat juga ejen-ejen rasmi yang dilantik oleh LZS untuk mengutip zakat bagi pihak LZS. Mereka terdiri daripada firma audit, ejen cukai, syarikat, sekolah dan sebagainya.

Sila klik pada pautan di bawah ini untuk mendapatkan maklumat berhubung ejen cukai tersebut.

RADIUZ

Bayaran Zakat melalui Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat. Anda boleh menjana pendapatan online sebagai seorang ejen pemasaran zakat.

Perbankan Internet

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Ejen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.

Ejen kutipan yang menyediakan kemudahan ini:

Kaunter Bank

Pembayaran zakat harta boleh di buat melalui ejen-ejen bank yang di lantik oleh Lembaga Zakat Selangor melalui Slip Bayaran Zakat yang disediakan di kaunter-kaunter bank seperti berikut :

 

Pembayar boleh membayar zakat di seluruh cawangan dalam negeri Selangor dengan mendapatkan slip bayaran zakat yang dipamerkan. Sila pastikan :

Makluman :

Mulai tahun 2008 tiada lagi Slip Bank Sebagai Resit Rasmi (SBSRR) dikeluarkan. Hanya slip bayaran zakat sahaja dikeluarkan oleh bank dan ia tidak diperakui sah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Resit rasmi hanya akan dikeluarkan oleh LZS dan diposkan terus ke alamat pembayar.

Mesin ATM

Hanya pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa di bank berikut sahaja boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM :

Makluman :

Pembayar yang membayar melalui kemudahan ATM Mesin dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, LZS (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.

 

Pejabat Pos

Pembayaran zakat harta juga boleh di buat melalui kaunter Pos Malaysia, di sekitar Lembah Klang melalui Slip Bayaran Zakat yang disediakan di kaunter-kaunter pembayaran.

Kad Kredit

Cara pembayaran menggunakan Kad Kredit merupakan satu pendekatan yang di ambil oleh LZS (MAIS), untuk menyediakan saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat.

Pihak LZS hanya menerima Kad Kredit yang Islamik dan memenuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Antara Kad Kredit yang diterima ialah :

*Pembayaran menggunakan kad kredit ini boleh dibuat di semua kaunter zakat LZS.

Kad Debit

Kad debit boleh digunapakai di semua kaunter LZS. Semua kad debit bank-bank tempatan dan Bank Al-Rajhi dengan mengenalpasti kad tersebut mempunyai logo MEPS BANKCARD dan microcip.

 

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor