150 Orang Asli Sertai Hello Sungai Lui

HULU LANGAT, 29 Oktober 2023 – Kira-kira 150 orang penduduk di Perkampungan Orang Asli Paya Lebar menyertai program Hello Sungai Lui anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini merupakan sebahagian inisiatif LZS mendekati komuniti Orang Asli melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan […]

LZS Anjur ‘Zakat Intellectual Discourse Series (ZIDS)’

SHAH ALAM, 23 Oktober 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Divisyen Syariah dan Dakwah (DSD) telah menganjurkan program Zakat Intellectual Discourse Series (ZIDS) melibatkan lebih 100 orang peserta, terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi LZS, ketua-ketua jabatan dan dai LZS. ZIDS membariskan para pembentang berwibawa, iaitu Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS, Profesor Dr. Aznan Hasan, […]

LZS Lantik 1,878 Ketua Dan Penolong Amil Kariah Seluruh Selangor

SHAH ALAM, 5 September 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik seramai 1,878 orang Ketua dan Penolong Amil Kariah (PAK) di seluruh Selangor bagi sesi 2023-2025 yang berperanan sebagai pemudahcara antara LZS dengan masyarakat khususnya asnaf LZS. Simbolik pelantikan ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam Bengkel […]

300 Sertai CEO Run 2023 Anjuran LZS

SHAH ALAM, 20 Ogos 2023 – Seramai 300 peserta CEO Run berjaya menyempurnakan larian anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di sini hari ini. Acara yang bermula 7.30 pagi itu melibatkan 60 buah syarikat pengeluar zakat terdiri daripada Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif, barisan pengurusan tertinggi dan warga kerja yang berlari sejauh […]

341 Pelajar Sekolah Rendah Terima Sumbangan Komuniti

SHAH ALAM, 28 Julai 2023 – Seramai 341 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang menerima sumbangan makanan melalui program Komuniti Zakat Selangor dengan kerjasama rakan strategik QSR Brands (H) Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Program seumpama ini diadakan sebagai platform kepada masyarakat mahupun agensi yang ingin bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni […]

LZS, PKNS Raikan Aidiladha Bersama Masyarakat Orang Asli

SHAH ALAM, 1 Julai 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan program tanggungjawab sosial korporat dengan melaksanakan ibadah korban bersempena Aidiladha bertempat di Perkampungan Orang Asli Kechau Dalam di sini hari ini. Program yang melibatkan masyarakat Orang Asli ini turut memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama merasai ibadah […]

LZS Agih Lebih RM 1 Bilion: 350,000 Terima Manfaat

SHAH ALAM, 22 Mei 2023 – Institusi zakat terkemuka di Malaysia, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mencatat pencapaian bersejarah dengan memecah rekod pengagihan zakat iaitu sebanyak RM1.05 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. Ia telah memberi manfaat kepada 350,000 individu Asnaf dan pelbagai organisasi di Selangor. Dengan pencapaian pengagihan zakat yang tertinggi sejak penubuhannya, […]

1,228 Asnaf Kini Bergelar Usahawan

SHAH ALAM, 26 Julai 2022 – Seramai 1,228 asnaf fakir dan miskin di Selangor kini menjadi usahawan berjaya dan memiliki perniagaan sendiri seterusnya menjadi pengeluar zakat. Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Dato’Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, bermula tahun 2013 hingga 2022 seramai 1,228 orang usahawan asnaf telah diberi latihan peniagaan dalam pelbagai […]

LZS Hargai Jasa Guru Pembimbing Asnaf Mualaf

SHAH ALAM, 18 Jun 2022 – Seramai 182 orang Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM) diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Guru Mualaf 2020 yang disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Ahmad Shahir Makhtar di sini hari ini. Untuk makluman GPAM merupakan individu yang dilantik khusus oleh LZS bagi mendidik dan membimbing asnaf Mualaf […]

LZS Sumbang RM2.0 Juta Imarahkan Masjid Dan Surau Sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 8 April 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan RM2.0 juta kepada 492 masjid dan surau bersempena Program Ihya’ Ramadan Masjid dan Surau Negeri Selangor. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, daripada jumlah itu sebanyak 262 masjid masing-masing akan menerima sumbangan maksimum sehingga RM5,000, manakala 230 surau lagi […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor