ZAKAT SELANGOR TEGASKAN KES SELEWENG DANA TIDAK MELIBATKAN INSTITUSI INI

SHAH ALAM, 22 April 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mengambil maklum laporan media berhubung penahanan beberapa individu berkaitan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang kini disiasat oleh pihak berkuasa. Zakat Selangor menegaskan bahawa kes yang dilaporkan melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Zakat Selangor […]
