LZS Sediakan Peruntukan Zakat RM36.5 Juta Biayai Persiapan Persekolahan 85,336 Pelajar Asnaf Bagi Sesi 2026

CYBERJAYA, 18 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM36.5 juta bagi membiayai persiapan persekolahan 85,336 pelajar asnaf di seluruh negeri Selangor, sebagai persediaan awal menghadapi sesi persekolahan baharu yang bermula Januari hadapan. Bantuan ini disalurkan melalui 39,240 ketua keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf yang masing-masing menerima bantuan yuran persekolahan […]
