Kisah Impak

Zakat Melahirkan Seorang Peguam

Di sebalik kejayaan hari ini, tersimpan sebuah kisah perjuangan yang penuh dengan ketabahan. Fudhla Anas bin Jamnul Azmin, anak ketiga daripada enam beradik membesar tanpa kehadiran seorang ayah yang telah pergi menghadap Ilahi. Namun, kesusahan tidak pernah melemahkan semangatnya.

Sebagai bekas penerima dermasiswa Lembaga Zakat Selangor, bantuan yang diterima bukan sekadar sokongan kewangan malah ia menjadi sinar harapan dalam mengubah nasib keluarga.

Ketika berada pada tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah (Undang-undang) di Universiti Islam Selangor (UIS), Fudhla memilih untuk menyertai Kursus Latihan i-Kerjaya (KLiK) Kem Bangkit Kerja 03/2024. Di sinilah beliau mula membina keyakinan, mempersiapkan diri untuk alam pekerjaan dan mengasah potensi diri demi mengejar impian.

Dengan semangat yang tidak pernah luntur, beliau melangkah berani menjalani latihan chambering di sebuah firma guaman semasa semester akhir pengajiannya.

Hasilnya, pada tahun 2024, impian yang sekian lama tersemat di hati akhirnya menjadi kenyataan. Fudhla kini bergelar seorang Peguam Syarie.

Kisahnya menjadi bukti bahawa setiap ujian ialah laluan menuju kejayaan dan dengan usaha serta doa yang tidak pernah putus, impian mampu digenggam.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor