Zakat Kripto

Pengertian Zakat Kripto

Mata wang kripto adalah mata wang yang dicipta berasaskan teknologi Blockchain dan teknologi digital.

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 17 Ogos 2021 yang telah memutuskan bahawa hukum menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran (medium of payment), pemindahan wang (remittance) dan aset simpanan adalah HARUS.

Hukum Mata Wang Kripto

  • Mata wang kripto dan aset digital adalah termasuk dalam kategori harta kerana ia mempunyai sifat ‘al-Mutaqawwim’ (mempunyai nilai) dan diwajibkan zakat berdasarkan dalil-dalil umum kewajipan zakat terhadap harta.
  • Mata wang kripto adalah bukan wang (legal tender) sama ada di sisi syarak ataupun undang-undang, namun ianya dikategorikan sebagai aset pelaburan atau sekuriti berdasarkan kepada Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Kewangan.
  • Kewajipan mengeluarkan zakat ini tidak terhad kepada mata wang kripto dan aset digital yang diurusniagakan di platform dagangan (Digital Asset Exchange) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Senarai Mata Wang Kripto

Bil Jenis Kripto

1

Bitcoin (BTC)

2

Ethereum (ETH)

3

Ripple (XRP)

4

Avalanche (AVAX)

5

Litecoin (LTC)

6

Cardano (ADA)

7

Solana (SOL)

8

Chainlink (LINK)

9

Uniswap (UNI)

10

Bitcoin Cash (BCH)

**Tertakluk sekiranya terdapat penambahan jenis mata wang kripto di dalam pasaran.

Senarai Platform Dagangan Aset Digital (DAX) Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Bil Platform Dagangan Aset Digital (Digital Asset Exchange - DAX) Jenis Kripto

1

Luno

BTC, ETH, XRP, AVAX, LTC, ADA, SOL, LINK, UNI, BCH

2

MX Exchange

BTC, ETH

3

SINEGY

BTC, ETH

4

Tokenize Xchange

BCH, BTC, ETH, LTC, SOL, UNI, XRP

*Tertakluk sekiranya terdapat penambahan platform mata wang kripto yang digunakan di pasaran.

Kaedah Pengiraan Mata Wang Kripto

Unit mata wang kripto dan aset digital X harga semasa (hujung haul) X 2.5% = Jumlah Zakat
 

Contoh : Encik Ali memiliki 0.2 unit Bitcoin (BTC) yang telah mencukupi haul. Harga semasa 1 unit BTC adalah bersamaan RM258,107.

Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Ali bagi tahun 2021 adalah:
0.2 unit x RM258,107 x 2.5% = RM1,290.54

Kira Zakat Kripto Anda Dengan Kalkulator Zakat

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor