Kisah Impak

Teduhan Membina Semula Harapan

“Terima kasih kepada semua pengeluar zakat yang membantu Mak Cik membina rumah baharu. Inilah impian keluarga kami selama ini,” luah Mak Cik Rafidah penuh kesyukuran setelah menerima kunci rumah baharu hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Rumah yang dibina bagi menggantikan kediaman lama yang uzur dan tidak selamat ini diserahkan secara rasmi dalam satu majlis yang disempurnakan oleh YDH ACP Norhizam bin Bahaman, Ketua Polis Daerah Sepang.Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penghulu Mukim Sepang, Ketua Balai Sungai Pelek serta barisan pegawai LZS dan wakil pihak berkuasa tempatan.

Bagi Mak Cik Rafidah dan keluarga, rumah ini membawa harapan baharu serta keselesaan yang amat dinanti-nantikan. Program ini menjadi bukti bahawa zakat yang disalurkan melalui amil yang sah dapat membantu golongan asnaf dengan lebih berkesan dan berterusan.

Terima kasih kepada semua pengeluar zakat. Andalah HERO sebenar di sebalik setiap senyuman asnaf.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor