Siddik

Apa itu SIDDIK?

SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar zakat (Muzakki). Ia bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak Muzakki melalui sumbangan khas berbentuk simpanan pendidikan.

Syarat Kelayakan SIDDIK

Jumlah Bayaran Zakat

Muzakki yang telah menunaikan zakat harta antara RM500 hingga RM5,000 dalam tempoh setahun layak memohon.

Tempoh Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat pada tahun berikutnya selepas bayaran zakat dibuat. Contoh : Jika zakat dibayar pada tahun 2025, permohonan boleh dibuat pada tahun 2026.

Kriteria Anak

Anak mestilah berumur antara 7 hingga 17 tahun yang masih bersekolah pada tahun permohonan. (Darjah 1 sehingga tingkatan 5 sahaja)

Jumlah Sumbangan

Cara Penyaluran

Cara Memohon

01

LANGKAH SATU

Daftar dan Mohon : Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal eZO Zakat Selangor.

02

LANGKAH DUA

Isi Maklumat Lengkap : Pastikan semua maklumat peribadi dan anak diisi dengan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.

Lampiran Wajib

Sekiranya permohonan melibatkan anak angkat, lampiran tambahan wajib disertakan :

Salinan Sijil Pengangkatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). (Tidak memerlukan cop pengesahan dokumen)

Untuk maklumat lanjut layari: https : www.zakatselangor.com.my/siddik

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor