Tadbir urus perolehan serta pengurusan pembekal yang kukuh menjadi asas kepada kelancaran operasi kami, disokong oleh polisi yang sentiasa dikemas kini dan penggunaan sistem yang lebih canggih.
Kami memberi keutamaan kepada rakan niaga yang beretika, mematuhi syariah, dan komited terhadap kualiti serta profesionalisme, bagi membentuk rantaian pembekalan yang berdaya tahan, moden dan telus. Di LZS, kami bukan sekadar melaksanakan urusan perolehan, kami juga menetapkan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam pengurusan perolehan yang menyokong misi zakat.
Kami sentiasa mencari rakan strategik yang sehaluan, yang berkongsi nilai integriti, kecemerlangan dan inovasi dalam setiap pelaksanaan kerja. Bersama-sama, marilah kita memacu ekosistem zakat yang lebih kukuh dan memberi nilai kepada seluruh masyarakat yang bergantung kepada keberkesanan dan ketelusan pengurusan zakat.
Muzakki yang telah menunaikan zakat harta antara RM500 hingga RM5,000 dalam tempoh setahun layak memohon.
Permohonan hanya boleh dibuat pada tahun berikutnya selepas bayaran zakat dibuat.
Contoh: Jika zakat dibayar pada tahun 2025, permohonan boleh dibuat pada tahun 2026.
Salah satu bayaran zakat mestilah dilakukan pada bulan Oktober, November atau Disember 2024, dan jumlah keseluruhan bayaran mestilah memenuhi syarat kelayakan.
Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal eZO LZS.Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal eZO LZS.
Pastikan semua maklumat peribadi dan anak diisi dengan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
Dokumen mesti disahkan oleh salah satu pihak berikut:
Permohonan ketika ini telah DITUTUP