Resolusi Syariah Zakat

Platform ini merupakan kompilasi jawapan persoalan syariah yang telah disediakan oleh Sekretariat Dalaman Syariah, Divisyen Syariah & Dakwah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak kepada Divisyen Syariah & Dakwah.

Sekretariat ini merupakan teras utama di dalam Prosedur Pengurusan Untuk Penyelesaian Persoalan, Resolusi Syariah dan Fatwa Zakat yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Teringgi pada Februari 2017.

Jawapan yang disediakan oleh Sekretariat ini adalah berpandukan kepada Ketetapan Syariah Lembaga Zakat Selangor (kompilasi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS) atau wujudnya dalil yang spesifik صريح) ) daripada Al Quran dan As Sunnah tentang sesuatu persoalan zakat.

Mana–mana persoalan syariah yang tiada jawapannya dalam 4 sumber di atas akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS untuk mendapatkan ketetapan syarak berkaitan operasi LZS sepertimana berdasarkan kepada Manual Kuasa (Authority Manual) LZS.

Kutipan Zakat

Resolusi berkaitan kutipan zakat berdasarkan rujukan fatwa

1 - Hukum penangguhan bayaran Zakat
2 - Status Zakat Perniagaan bercampur Halal & Haram
3 – Pembayaran Zakat bukan kepada LZS
4 – Zakat ke atas pemberian suami kepada isteri
5 – Kewajipan Zakat ke atas harta pusaka
6 – Zakat adik perempuan kepada adik beradik lelaki dan sebaliknya
7 – Adakah Zakat boleh ditangguhkan bayaran?
8 – Hukum Zakat matawang kripto dan aset digital
9 – Tanggungan Zakat terhadap individu yang bukan di bawah tanggungan nafkah

Agihan Zakat

Resolusi berkaitan agihan zakat berdasarkan rujukan fatwa.

1 – Hukum agihan Zakat bagi pembangunan ekosistem alam sekitar
2 – Agihan Zakat kepada Syed & Sharifah
3 – Saluran agihan semula Zakat (Wakalah Agihan) oleh syarikat kepada Pertubuhan Tabung Syria
4 – Agih Zakat terus kepada Pusat Tahfiz

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor