Program Komuniti Orang Asli anjuran Bersama LZS dan Kementerian Belia Dan Sukan telah diadakan di Perkampungan Orang Asli Buluh Telor, Kuala Kubu Bharu.
Seramai 40 orang sukarelawan dari Kementerian Belia dan Sukan serta 20 orang kakitangan LZS dan Megaklinik Zahran telah terlibat dalam program tersebut.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah membuat pemeriksaan Kesihatan secara percuma kepada warga emas, agihan mainan kepada kanak – kanak serta beberapa sukan rakyat yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
Matlamat program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang budaya dan tradisi Masyarakat Orang Asli di kalangan Masyarakat umum serta mewujudkan platform untuk dialog pertukaran budaya antara komuniti Orang Asli dsan Masyarakat arus perdana.