The Lost Food Project merupakan satu program untuk menyelamatkan bahan makan mentah terutamanya sayuran dari pasar raya terpilih yang masih boleh digunakan dan diagihkan kepada 30 buah PPRT yang terpilih di sekitar Lembah Klang.
Seramai 30 orang peserta terdiri dari penghuni Rumah Baitus Salam, Bait Al- Mawaddah dan kakitangan LZS turut serta dalam aktiviti pemprosesan semula dan pengasingan sayuran bagi diagihkan kepada beberapa golongan sasaran yang terpilih.
Selain itu, penerima juga menerima bekalan makanan mentah yang telah disumbangkan oleh badan-badan NGO yang lain.