Seramai 140 orang yang terlibat Sempena Program Komuniti Zakat “Program Korban” yang terdiri dari kalangan penduduk dan kariah Masjid Ar-Redha Kg Jenderam Hilir, Dengkil Sepang, AJK Masjid Ar-Redha, kakitangan LZS dan kakitangan Amanah Raya Berhad.
Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk nilai – nilai murni dan sifat kemasyarakatan serta menjalinkan Kerjasama antara penduduk, pihak LZS Bersama pembayar Korporat LZS.
Seramai kira – kira 100 orang telah menerima manfaat dari program tersebut dengan menerima sebanyak 1KG daging korban.