Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Polisi Keselamatan dan Kesihatan Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) amat prihatin berkaitan keselamatan dan kesihatan semua warga kerja serta individu yang terlibat dalam operasi Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan akan mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang kecederaan, kemalangan, penyakit dan kerosakan harta benda di semua premis milik Lembaga Zakat Selangor (MAIS) selaras dengan kehendak undang-undang.

Bagi memastikan hasrat di atas dapat dicapai, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) akan:

Polisi ini boleh disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya dan akan dikemaskini sekiranya terdapat perubahan peruntukan undang-undang.

Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Lembaga Zakat Selangor merupakan dokumen rujukan kepada  vendor/kontraktor/pembekal berkaitan: 

Vendor/kontraktor/pembekal hendaklah membaca, memahami dan mematuhi segala keperluan yang dinyatakan di dalam Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ketika atau di dalam pelaksanaan kerja-kerja yang melibatkan Lembaga Zakat Selangor.

Klik capaian di bawah untuk bacaan penuh Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: 

Prosedur Pengurusan Kontrak Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan LZS bertujuan memastikan kontraktor atau pembekal memahami risiko kerja serta melibatkan pengambilan langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Dokumen ini menepati keperluan minimum KKP pada setiap fasa pengurusan kontrak, termasuk pematuhan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Selain itu, prosedur ini melibatkan pemantauan aktif terhadap pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di premis LZS, dan permit kerja diperlukan untuk memastikan penerapan prosedur ini oleh kontraktor, pembekal, dan pihak ketiga.

Pelaporan kemalangan/ bahaya/ kemalangan nyaris adalah keperluan wajib di dalam Prosedur Pelaporan Kemalangan di Tempat Kerja & Peraturan Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan 2004. Laporan ini boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang terlibat dan yang menyaksikan kejadian kemalangan/ bahaya dan kemalangan nyaris di tempat kerja.

Sebarang insiden boleh dilaporkan terus kepada Pegawai Bertanggungjawab atau melalui sistem pelaporan.

📞 En. Mohd: 013-300 8009
📞 En. Hafizul: 019-245 9888

Selain itu, prosedur ini melibatkan pemantauan aktif terhadap pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di premis LZS, dan permit kerja diperlukan untuk memastikan penerapan prosedur ini oleh kontraktor, pembekal, dan pihak ketiga.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor