Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Berdaftar mewujudkan Piagam Lembaga sebagai sebahagian dasar tadbir urusnya. Piagam Lembaga ini merupakan suatu dokumen dasar yang menggariskan peranan, tanggungjawab dan kuasa Lembaga Pemegang Amanah, Jawatankuasa-Jawatankuasa dan pengurusan dengan tujuan untuk menyelaraskan dan meningkatkan amalan tadbir urus korporat ke arah ketelusan, kebertanggungjawaban dan keutuhan dalam urusan aktiviti pemegang amanah. Walaupun Piagam Lembaga ini merupakan suatu panduan yang tersusun, ia tidak boleh dianggap sebagai suatu rangka tindakan yang menyeluruh oleh Pemegang Amanah berkenaan dengan perkara tadbir urus korporat.