Berita Terkini LZS

LZS Serah Rumah Baharu Kepada Ibu Tunggal Asnaf

SABAK BERNAM, 10 Februari 2025 – Seorang ibu tunggal, Jah Raton Nor, menerima sinar baharu apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sebuah rumah baharu bagi menggantikan kediamannya yang uzur dan tidak selamat didiami.

Majlis penyerahan kunci disempurnakan oleh Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Dr Paridul Adras Ismail disaksikan oleh Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Md Yusmizan Md Yusuf bersama Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih beri saya rumah baharu,” kata Jah Raton Nor dalam nada sebak, meluahkan kegembiraan atas bantuan yang diterimanya. Sebagai penerima bantuan zakat LZS, beliau berasa amat bersyukur kerana kini dapat tinggal di rumah yang lebih selamat dan selesa bersama keluarganya.

Bantuan ini adalah sebahagian komitmen LZS memperkasa kebajikan golongan asnaf melalui penyediaan kediaman yang lebih baik. Dengan adanya rumah baharu ini, diharapkan kehidupan Jah Raton Nor sekeluarga akan lebih terjamin, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai keselamatan tempat tinggal.

Kongsi di media sosial

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor