Berita Terkini LZS

LZS Anjur Piala Muzakki Bola Sepak Empat Penjuru

SUBANG, 6 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Empat Penjuru – Piala Muzakki LZS yang berlangsung di Stadium Mini, Pesada PLUS, Subang.
Program sukan ini menghimpunkan empat pasukan terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad dan pasukan tuan rumah, LZS.
Penganjuran perlawanan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara LZS dan rakan korporat, khususnya para muzakki yang sentiasa memberikan sokongan dalam usaha kutipan dan agihan zakat di Negeri Selangor.
Perlawanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan menyaksikan pasukan KWSP muncul sebagai juara, diikuti Tabung Haji di tempat kedua, LZS di tempat ketiga dan Tenaga Nasional Berhad di tempat keempat.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari, turut hadir memeriahkan program dengan menyertai pasukan LZS sepanjang perlawanan berlangsung.
LZS berharap penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai rakan korporat sebagai platform mengukuhkan hubungan dan kerjasama bersama institusi zakat.

Kongsi di media sosial

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor