Berita Terkini LZS

Kunjungan Hormat Exco Negeri Kukuhkan Peranan Lembaga Zakat Selangor

SHAH ALAM, 8 September 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah di Menara Zakat Sultan Idris Shah.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Selangor dan LZS dalam memperkasa agenda kebajikan asnaf serta meningkatkan potensi kutipan zakat di negeri ini.

Sepanjang sesi lawatan, Dr Mohammad Fahmi diberi taklimat mengenai operasi, tadbir urus dan pelbagai inisiatif kebajikan yang dilaksanakan oleh LZS bagi manfaat asnaf.

Perbincangan turut menekankan peluang kerjasama yang lebih erat bagi memastikan pengurusan zakat kekal relevan, telus dan berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, “LZS sentiasa komited untuk menambah baik tadbir urus serta memperluas capaian program kebajikan asnaf. Dengan sokongan Kerajaan Negeri, kami yakin usaha meningkatkan kutipan zakat dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat dapat dicapai secara lebih berkesan.”

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan, Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas, Ariffa Ariffin serta Ketua Pegawai Kewangan dan Teknologi Maklumat, Rapizah Muhammad Sharif.

Kongsi di media sosial

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor