“Terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sokongan yang diberikan membolehkan saya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” ujar Patih Fauzi bin Bahar, anak asnaf dari Gombak. Sejak 2020, Patih Fauzi menerima Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) dan Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) di bawah Jabatan Pengurusan Pendidikan, Divisyen Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor, merangkumi yuran pengajian, wang saku, penginapan, buku rujukan dan peralatan pembelajaran. Bantuan ini membolehkannya memberi fokus sepenuhnya kepada pengajian walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.
Beliau berjaya bergraduasi dalam bidang Fizik di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 30 November 2025 yang lalu serta pernah menjalani latihan industri di peringkat antarabangsa iaitu di Academia Sinica, Taiwan dalam penyelidikan bateri, dan kini berkhidmat sebagai SoC Design Engineer di Logikhaus.
Inilah bukti bahawa sumber zakat yang diurus secara berfokus dan berimpak mampu mengubah kehidupan melalui pembangunan pendidikan. Pelaburan zakat hari ini melahirkan tenaga mahir dan profesional masa hadapan. Teruskan menyokong dan menunaikan zakat. Zakat anda, harapan dan masa depan mereka.
#ZakatSelangor #ImpakDirasa #PendidikanAsnaf #BDPT #BKP #LZSPrihatin #ZakatMembinaMasaDepan