Khairat

Apa itu KHAIRAT?

KHAIRAT ialah sumbangan tunai sebanyak RM1,500 yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada waris pembayar zakat (Muzakki) yang telah meninggal dunia.

Ia sebagai tanda penghargaan atas sumbangan zakat semasa hayat dan untuk meringankan beban waris menguruskan kematian.

Syarat Kelayakan KHAIRAT

1. Rekod dan Jumlah Bayaran Zakat

Si mati mestilah mempunyai rekod bayaran zakat harta kepada LZS dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian, sama ada:

2. Syarat Khas untuk Bayaran Zakat Tahun 2024

Waris Yang Layak Memohon

Kategori Waris Dokumen Diperlukan
Suami / Isteri Salinan Sijil Nikah
Anak Kandung Salinan Sijil Kelahiran
Ibu atau Bapa Salinan Sijil Kelahiran si mati
Adik-Beradik Salinan Sijil Kelahiran
Anak Angkat Salinan Pendaftaran Anak Angkat

Tempoh Permohonan

Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian

Cara Memohon

01

LANGKAH SATU

Muat turun borang permohonan KHAIRAT

02

LANGKAH DUA

Isi maklumat lengkap dalam borang dan sediakan dokumen sokongan.

03

LANGKAH TIGA

Emelkan borang dan dokumen lengkap ke: khairat@zakatselangor.com.my

MUAT TURUN BORANG

Borang Permohonan Sumbangan Khairat

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor