Resolusi Syariah Zakat

8 - Hukum zakat matawang kripto dan aset digital

Hukum zakat ke atas matawang kripto dan asset digital adalah wajib sebagaimana berikut :

a) Mata wang kripto dan asset digital adalah termasuk dalam kategori ál-Mal’(harta) kerana ia mempunyai sifat ál-Mutaqawwim’(mempunyai nilai). Oleh itu ia diwajibkan zakat berdasarkan dalil-dalil umum kewajipan zakat terhadap harta.

b) Matawang kripto adalah bukan wang (legal tender) sama ada disisi syarak ataupun undang-undang. Namun ianya dikategorikan sebagai asset pelaburan atau sekuriti berdasarkan kepada Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Kewangan pada 2019.

c) Keputusan ini tidak terhad kepada matawang kripto dan aset digital yang diurusniagakan di platform dagangan (Digital Asset Exchange) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja dalam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat terhadapnya.

d) Hukum zakat ke atas mata wang kripto dan aset digital serta kaedah taksirannya adalah sebagaimana berikut:

  1. 1. iMata Wang Kripto dan Aset Digital yang termasuk dalam kategori Barang Perniagaan (Úrud Tijarah).
    Hukum zakatnya adalah diqiyaskan kepada hukum zakat barang perniagaan (Úrud Tijarah).
  2. 2. Mata Wang Kripto dan Aset Digital yang termasuk dalam kategori Mata Wang (As-Sarf).
    Hukum zakatnya adalah diqiyaskan kepada hukum zakat mata wang.

 

Rujukan : Keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Selangor bertarikh 17 Ogos 2021.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor