Resolusi Syariah Zakat

7 - Adakah zakat boleh ditangguhkan bayaran?

Seandainya terlupa dan sudah melangkau tahun serta mempunyai kekangan dari aspek faktor kewangan dan lain-lain untuk membuat pembayaran, adakah dibenarkan untuk menangguhkan bayaran zakat?

Perlu difahami bahawa asas kewajipan pembayaran zakat adalah wajib disegerakan. Walau bagaimanapun dalam situasi seperti yang disebutkan, terdapat dua kaedah penyelesaian:-

  1. 1. Membuat bayaran zakat secara ansuran sehingga selesai bayaran secara sempurna.
  2. 2. Sekiranya tidak mampu, maka boleh ditangguhkan dengan niat akan melaksanakannya pada tahun hadapan.
  3.  

Namun sebaiknya, pembayaran perlu segera diselesaikan kerana ia dianggap hutang yang merupakan kewajipan kepada Allah SWT dan juga pada asnaf.

Rujukan : Resolusi 1, Kompilasi Rekod Persoalan Syariah LZS Januari 2019 – Jun 2019, Diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor