Resolusi Syariah Zakat

6 - Zakat adik perempuan kepada adik beradik lelaki dan sebaliknya

  1. 1. Bolehkah adik perempuan membayar zakat terus kepada abang dan kakaknya yang berada dalam kategori asnaf?

    Adik perempuan boleh membayar zakat terus kepada abang dan kakaknya yang berada dalam kategori asnaf. Kerana tiada kewajipan nafkah dibawah tanggungjawab adik perempuan kepada abang dan kakaknya.

  2. 2. Bolehkah adik lelaki membayar zakat terus kepada kakaknya yang sama ayah tetapi berbeza ibu kerana ayahnya berkahwin dua dan kakaknya berada dalam kategori asnaf.

    Adik lelaki tidak boleh membayar zakat terus kepada kakaknya yang sama ayah tetapi berbeza ibu tersebut. Ini kerana adik lelaki tersebut merupakan waris yang boleh dipertanggungjawabkan sebagai penanggung nafkah kepada kakaknya itu sekiranya bapanya hilang kemampuan untuk memberikan nafkah atau telah meninggal dunia.

    Walau bagaimanapun, bayaran zakat yang ingin di lakukan sebagaimana senario-senario di atas sebaiknya dilakukan dalam keadaan tiada waris lain yang layak menjadi penanggung nafkah kepada mereka.

Rujukan : Isu 1, Kompilasi Rekod Persoalan Syariah LZS Mei 2021 – Oktober 2021, Diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor