Resolusi Syariah Zakat

4 - Zakat ke atas pemberian suami kepada isteri

Pemberian suami kepada isteri adalah nafkah yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya berdasarkan nas-nas Syarak. Oleh itu, pemberian tersebut tidak dianggap sebagai pendapatan bagi isteri.

Jika suami telah memberikan nafkah secukupnya mengikut keperluan isteri dan dalam masa yang sama ia memberikan elaun dalam bentuk wang tunai kepada isteri yang melebihi keperluan asasi isteri, maka lebihan tersebut boleh dianggap sebagai pendapatan bukan sumber pekerjaan bagi isteri.

Ini kerana pendapatan percuma adalah salah satu daripada kategori zakat pendapatan sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tahun 2017.

Rujukan : Isu 2, Kompilasi Rekod Persoalan Syariah LZS Mac 2023-Jun 2023, Diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah Lembaga Zakat Selangor.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor