Resolusi Syariah Zakat

4 - Agih Zakat terus kepada Pusat Tahfiz

Adakah dibenarkan agihan zakat terus kepada pusat-pusat tahfiz?

Keputusan:
JawatanKuasa Fatwa bertarikh 12.12.2006 menyatakan dari segi syara’ mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.

Walau bagaimanapun, LZS telah mengambil langkah melantik Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di dalam negeri Selangor sebagai ejen kutipan zakat. Oleh itu, sekiranya pembayar zakat ingin memastikan zakat mereka sampai kepada maahad tahfiz, mereka digalakkan untuk membayar zakat kepada mahaad Tahfiz yang telah dilantik oleh LZS sebagai ejen kutipan zakat IPIS. Ini kerana sebahagian daripada kutipan yang diterima oleh ejen IPIS akan diterima oleh mereka untuk manfaat maahad tahfiz tersebut.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor