Resolusi Syariah Zakat

3 - Pembayaran zakat bukan kepada Lembaga Zakat Selangor

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 4 Oktober 2016:
“Badan Bukan Kerajaan atau Non-Govermental Organization (NGO) atau individu yang dilantik oleh mana-mana pihak selain daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengutip zakat di negeri Selangor dan mengagihkan keluar negeri Selangor tanpa izin ulil-amri adalah tidak sah dari segi hukum syarak dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.”

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 9 April 2007:
“Dari segi syara’ mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada Asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.”

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor