Kisah Impak

Institusi Bait Al-Hasanah: Atap yang Meneduhkan Jiwa

Nur Amin Shah: Istimewa, Namun Tetap Luar Biasa

Dilahirkan pada 31 Ogos 2009, Nur Amin Shah bin Nariskandarshah ialah bukti bahawa kekurangan bukan penghalang kejayaan. Walaupun merupakan pelajar OKU yang membesar dalam keluarga asnaf di PPRT Taman Putra Damai, beliau tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk menyerah.

Sejak menyertai asrama Bait Al-Hasanah pada tahun 2022 dan mengikuti Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Sungai Kapar Indah, Nur Amin aktif mencipta kejayaan. Beliau pernah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Tarannum dan Naib Johan e-NILAM peringkat daerah, satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang pelajar istimewa.

Kini, dengan semangat yang tidak pernah luntur serta sokongan padu daripada keluarga dan pihak asrama, Nur Amin melangkah ke arah baharu dalam hidupnya, melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran kulinari di Institut Five Best Skill Training.

Kisahnya mengajar kita bahawa dengan peluang, bimbingan dan keazaman, sesiapa pun mampu mencipta kejayaan, biarpun dari titik tolak yang paling mencabar. Nur Amin Shah ialah sinar harapan bagi semua yang percaya bahawa keistimewaan adalah kekuatan.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor