Kisah Impak

Institusi Al-Mawaddah oleh LZS: Jagaan Penuh Kasih

Di Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al-Mawaddah, usaha melambatkan proses demensia dilaksanakan melalui program intervensi holistik yang menekankan latihan kognitif, interaksi sosial dan aktiviti harian yang merangsang minda. Objektif utamanya ialah memperlahankan kemerosotan fungsi kognitif serta meningkatkan kualiti hidup warga emas yang terlibat.

Kisah seperti Pak Cik Ahmat, yang menunjukkan kemajuan selepas tiga bulan mengikuti program ini – daripada lebih fokus ketika berbual hingga mampu mengawal emosi, menjadi bukti keberkesanan pendekatan ini.

Sepanjang tahun 2024, 100% daripada lima penghuni yang dipantau berjaya mengekalkan kestabilan kognitif, manakala empat kes baharu demensia berjaya dikesan lebih awal.

Faktor utama kejayaan termasuk kakitangan terlatih, sokongan komuniti penjaga dan rakan-rakan warga emas, serta pelaksanaan aktiviti yang konsisten. Bait Al-Mawaddah membuktikan bahawa dengan perhatian dan kasih sayang, warga emas bukan sahaja boleh hidup bermaruah, malah terus dihargai dalam setiap detik yang mereka miliki.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor