Adakah boleh menggunakan dana zakat untuk menanam pokok bakau. Antara kebaikan pokok bakau adalah untuk ekosistem kita bagi mengurangkan risiko banjir/tsunami, tempat pembiakan ikan untuk nelayan dan sebagainya.
Penanaman pokok bakau untuk tujuan yang dinyatakan tidak termasuk dalam mana-mana kategori asnaf zakat. Memelihara alam sekitar adalah salah satu amalan kebaikan dalam Islam dan ianya adalah tanggungjawab semua pihak daripada individu perseorangan sehinggalah kepada pemerintah. Walau bagaimanapun pelaksanaan aktiviti tersebut boleh menggunakan dana selain zakat.