“Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.”

Surah al-Shu’ara, ayat 151-152

LZS Komited Memperkukuh Impak Dalam Mencapai Matlamat Kelestarian

Di LZS, kami percaya bahawa kelestarian penting dalam pengurusan zakat yang bertanggungjawab. Sejak 1994, kami terus memperkukuh tadbir urus dan impak sosial kepada masyarakat. Bagi menjamin mandat jangka panjang, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Maqasid Syariah, Rangka Kerja dan Hala Tuju Kelestarian LZS telah diwujudkan sebagai komitmen kami, bukan sahaja untuk memastikan impak sosial dan tadbir urus yang berkekalan dalam setiap tindakan, tetapi juga untuk meningkatkan usaha kami dalam kelestarian alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila baca Laporan Kelestarian kami.

Komitmen Kami

Berpandukan kepada empat Tema ESG yang jelas, kami komited untuk terus menjana impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat asnaf, para muzakki serta semua pihak berkepentingan, di samping memelihara alam sekitar.

Memenuhi tanggungjawab terhadap asnaf dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Menegakkan amanah dan integriti melalui tadbir urus dan prinsip syariah yang kukuh.

Membangun, mengasah dan memberi inspirasi terhadap bakat dalam kalangan warga kerja.

Melindungi alam sekitar melalui pengawasan iklim dan sokongan.

Anugerah ESG

Cambridge Islamic Financial Award 2025​​

Best Islamic Institution for Humanitarian and Relief Cause​

Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025​​

Organization Of The Year (Zakat Management Sustainability Award)​

Sustainability & CSR Malaysia Awards 2024​ ​

Organization of the Year (Zakat Management) (Public Well-Being Leadership Award)​

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor