LZS Tingkatkan Usaha Galak Masyarakat Tunai Zakat

SHAH ALAM, 27 November 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) giat meningkatkan usaha dakwah menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam yang layak untuk menunaikan kewajipan zakat bersempena kempen Zakat Online: On X On. Kempen ini terbuka kepada semua individu, peniaga dan syarikat yang membuat pembayaran zakat secara dalam talian melalui www.fpx.zakatselangor.com.my bermula 15 November hingga 31 […]
LZS Agih RM34.25 Juta Bantuan Khas Keperluan Hidup Santuni 68,500 Penerima

JENJAROM, 7 November 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM34.25 jutamenerusi Bantuan Khas Keperluan Hidup bagi menyantuni 68,500 asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor. Simbolik penyerahan bantuan diadakan dalam satu majlis bertempat di Masjid AlFalah, Kampung Jenjarom di sini hari ini. Agihan zakat ini merupakan pemberian tambahan kepada bantuan sedia ada yang diterima […]
LZS Agih Lebih RM1.9 Juta Bantu Surau Masjid, Sekolah Dan Asnaf Sabak Bernam

SUNGAI BESAR, 2 November 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM1,975,133.64 dalam satu majlis yang diadakan di sini, melibatkan surau dan masjid, sekolah serta individu asnaf di Sabak Bernam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM707,255.64 disalurkan kepada 17 buah masjid dan surau bagi sumbangan bantuan bina/baik pulih serta bantuan peralatan […]
150 Orang Asli Sertai Hello Sungai Lui

HULU LANGAT, 29 Oktober 2023 – Kira-kira 150 orang penduduk di Perkampungan Orang Asli Paya Lebar menyertai program Hello Sungai Lui anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini merupakan sebahagian inisiatif LZS mendekati komuniti Orang Asli melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan […]
LZS Anjur ‘Zakat Intellectual Discourse Series (ZIDS)’

SHAH ALAM, 23 Oktober 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Divisyen Syariah dan Dakwah (DSD) telah menganjurkan program Zakat Intellectual Discourse Series (ZIDS) melibatkan lebih 100 orang peserta, terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi LZS, ketua-ketua jabatan dan dai LZS. ZIDS membariskan para pembentang berwibawa, iaitu Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS, Profesor Dr. Aznan Hasan, […]
LZS Raikan 115 Pelajar Tamat Kelas 3m

SHAH ALAM, 30 September 2023 – Seramai 115 orang orang pelajar berusia antara 7 hingga 12 tahun yang menyertai Kelas Intervensi 3M (Membaca, Menulis, Mengira) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama ADAB Youth Garage (AYG) diraikan dalam satu majlis graduasi bertempat di Dewan Muktamar Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA […]
LZS Terima Zakat Perniagaan KPS

SHAH ALAM, 3 Oktober 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan dari Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) berjumlah RM4,717,000.00 bagi tahun berakhir 2022. Serahan zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KPS, Ahmad Fariz Hassan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dalam satu majlis […]
LZS Lantik 1,878 Ketua Dan Penolong Amil Kariah Seluruh Selangor

SHAH ALAM, 5 September 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik seramai 1,878 orang Ketua dan Penolong Amil Kariah (PAK) di seluruh Selangor bagi sesi 2023-2025 yang berperanan sebagai pemudahcara antara LZS dengan masyarakat khususnya asnaf LZS. Simbolik pelantikan ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam Bengkel […]
300 Sertai CEO Run 2023 Anjuran LZS

SHAH ALAM, 20 Ogos 2023 – Seramai 300 peserta CEO Run berjaya menyempurnakan larian anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di sini hari ini. Acara yang bermula 7.30 pagi itu melibatkan 60 buah syarikat pengeluar zakat terdiri daripada Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif, barisan pengurusan tertinggi dan warga kerja yang berlari sejauh […]
341 Pelajar Sekolah Rendah Terima Sumbangan Komuniti

SHAH ALAM, 28 Julai 2023 – Seramai 341 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang menerima sumbangan makanan melalui program Komuniti Zakat Selangor dengan kerjasama rakan strategik QSR Brands (H) Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Program seumpama ini diadakan sebagai platform kepada masyarakat mahupun agensi yang ingin bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni […]
