Sultan Selangor Lancarkan Sambutan Jubli Mutiara LZS

SHAH ALAM, 13 Mac 2024 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj hari ini melancarkan sambutan Jubli Mutiara Ulang Tahun Ke-30 Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meraikan tiga dekad penubuhan LZS sebagai sebuah institusi yang menerajui perubahan dalam pengurusan zakat di Selangor. Dalam usia ke-30 tahun, LZS terus dilihat sebagai […]
Sultan Selangor Berkenan Serah Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS

SHAH ALAM, 23 Februari 2024 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi sesi 2024-2026 dalam satu upacara yang diadakan di sini. Penerimaan watikah pelantikan ini ketuai oleh Pengerusi Pemegang […]
LZS Sediakan Peruntukan Zakat RM33.4 Juta Biayai Persiapan Persekolahan Anak-Anak Asnaf Fakir & Miskin Serta Mualaf

HULU LANGAT, 8 Februari 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan peruntukanagihan zakat sebanyak RM33,414,415 (RM33.4 juta) bagi membiayai persiapan persekolahan 70,283 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf sesi 2024. Ia meliputi semua peringkat umur pelajar iaitu pra sekolah seramai 1,235 orang, Sekolah Rendah Kebangsaan/Sekolah Rendah Agama (32,708 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah […]
50 Asnaf Sepang Terima Sumbangan ‘FAMIFIRST’

SEPANG, 25 Januari 2024 – Seramai 50 asnaf terpilih dari sekitar Sepang menerima sumbangan khidmat rundingan kesihatan atas talian (medical teleconsultation) dalam satu majlis ringkas yang diadakan bertempat di Klinik Camellia di sini hari ini. Sumbangan tersebut merupakan usahasama Klinik Camellia yang memperkenalkan aplikasi ‘Famifirst’ bagi memberi kemudahan kepada masyarakat mendapatkan khidmat rundingan kesihatan 24 […]
413 Panel Farmasi Mudahkan Penerima Bantuan Perubatan LZS

SHAH ALAM, 29 Januari 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik sejumlah 413 panel farmasi di seluruh Selangor bagi memudahkan penerima bantuan perubatan mendapatkan bekalan keperluan perubatan yang diperlukan. Panel farmasi ini dilantik berdasarkan kepada kapabiliti membekal keperluan perubatan kepada asnaf dan dalam masa sama memenuhi syarat serta kelayakan yang ditetapkan oleh LZS. Ini termasuk memiliki […]
Pendirian LZS Berkaitan Amanah Dan Integriti Mengurus Wang Zakat

SHAH ALAM, 5 Januari 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) amat menitikberatkan amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi memastikan wang zakat diurus dengan baik. Susulan kenyataan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, LZS sentiasa bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. LZS amat memandang serius terhadap […]
LZS Terima Zakat Perniagaan RM19.6 Juta

SHAH ALAM, 20 Disember 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) optimis dapat mengutip kutipan zakat perniagaan berjumlah RM167 juta seperti yang disasarkan untuk tahun ini. Sehingga November 2023, sebanyak RM117 juta telah dikutip melalui zakat perniagaan dengan jumlah keseluruhan kutipan zakat sebanyak RM791 juta. Terdahulu, LZS hari ini menerima zakat perniagaan daripada 35 syarikat berjumlah […]
LZS Dekati Golongan Selebriti Dalam Program Dakwah

SHAH ALAM, 30 November 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendekati golongan selebriti tanah air melalui program dakwah Selebriti Bersama Mufti yang diadakan di sini hari ini. Program yang disertai lebih 30 selebriti ini bukan sahaja memberi ruang bagi perkongsian maklumat berkenaan pengurusan zakat terutama berkaitan kutipan dan agihan, malah ia juga sebagai platform galakan […]
44 Asnaf Cemerlang Dalam Pelajaran, Perniagaan Diraikan

SHAH ALAM, 3 Disember 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini meraikan kejayaan asnaf yang menerima bantuan zakat dari LZS dalam Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang, disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Paduka Prof. Emeritus Dr. Muhamad Awang di sebuah hotel di sini. Majlis ini mengiktiraf kejayaan 44 orang asnaf zakat, di samping […]
Vendor LZS Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

SHAH ALAM, 30 November 2023 – Lebih 150 wakil syarikat vendor berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah dengan menzahirkan komitmen menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini hari ini. IBR tersebut merupakan salah satu usaha LZS dalam meningkatkan lagi nilai integriti dalam kalangan vendor […]
