DIZKOPI CEOs: Platform Perkasa Urus Tadbir Pengurusan Zakat

SUNGAI BULOH, 28 Ogos 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mempertemukanketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) dan peneraju utama syarikat korporat terutamanya syarikat pengeluar zakat di Selangor, dalam satu platform diskusi eksklusif Dizkopi CEOs bagi berkongsi pandangan, idea serta kritikan membina berkaitan urus tadbir pengurusan zakat yang diadakan di sini. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran […]
LZS, MEDKAD Meterai Kerjasama Mudahkan Proses Bantuan Zakat

SHAH ALAM, 6 Ogos 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan MEDKAD Sdn. Bhd menerusi inisiatif digital yang bakal mengubah landskap bantuan perubatan LZS, bagi memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan bantuan zakat. Sistem Bantuan Perubatan Elektronik (Electronic Medical Aid) dikenali Al-Amal merupakan sistem inovatif yang dibangunkan oleh MEDKAD untuk menguruskan […]
Muzarakah Zakat Nusantara Platform Rujukan Institusi Zakat Rantau Asia Tenggara

SHAH ALAM, 2 Julai 2024 – Muzakarah Zakat Nusantara (MZN) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilihat mampu menjadi platform berwibawa bagi rujukan institusi zakat demi merungkai pelbagai persoalan dan mencetuskan inovasi zakat di rantau ini, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd […]
LZS Lancarkan Buku Karikatur: Dakwah Santai Masyarakat

BANGI, 2 Julai 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan buku karikatur Sembang Zakat Siri 1 bersempena dengan program Muzakarah Zakat Nusantara (MZN) yang diadakan di sini. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof di hadapan 250 peserta MZN. Buku ini merupakan kompilasi […]
LZS Terima Zakat Perniagaan Kumpulan PNB RM3.9 Juta

HAH ALAM, 16 Oktober 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM3,931,250.00. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan tersebut bagi tahun kewangan berakhir 2023 daripada Pengerusi PNB, Raja Tan Sri Dato’ Sri Arshad Raja […]
LZS Rai Rakan Strategik Bantu Kutipan Dan Agihan Zakat Selangor

SHAH ALAM, 14 Mei 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini meraikan dan mengiktiraf rakan-rakan strategik LZS dalam kalangan ejen dan majikan yang membantu melaksanakan agenda ummah terutama melibatkan urusan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat bagi pihak LZS khususnya di Selangor, bersempena Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (GRASIAZ) 2024 di sini. Mereka ini […]
Delegasi Qatar Kunjungi Institusi Zakat: Dalami Pengurusan Zakat Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 April 2024 – Seramai 10 orang pegawai tertinggi di bawah Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam, Kerajaan Qatar mengunjungi institusi zakat di Malaysia bagi bertukar-tukar pandangan berkaitan pengurusan zakat. Delegasi tersebut yang diketuai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Zakat, Kerajaan Qatar Tuan Saad Omran al-Kuwairi hadir ke Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam […]
LZS Sasar Kutipan Zakat Ramadan RM260 Juta

SHAH ALAM, 3 April 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat RM260 pada Ramadan tahun ini bagi menyantuni keperluan golongan asnaf di Selangor. Daripada jumlah tersebut, RM220 juta disasarkan melalui zakat harta, manakala RM40 juta disasarkan melalui kutipan zakat fitrah. Terdahulu, sebanyak 42 buah syarikat termasuk tiga pengeluar zakat individu menunaikan zakat perniagaan […]
LZS Peruntukan RM1.49 Juta Sumbangan Van Jenazah

SHAH ALAM, 15 Mac 2024 – Sebanyak RM1,495,000.00 diperuntukkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membekalkan 10 buah van jenazah kepada masjid terpilih di Selangor dalam satu Majlis Penyerahan Kunci Van yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Sabirin Mohd Sarbini di sini hari ini. Sumbangan van jenazah merupakan salah satu jenis bantuan zakat di […]
DYMM Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan RM10.8 Juta

SHAH ALAM, 13 Mac 2024 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM10,790,760.00 daripada empat syarikat korporat dalam satu program serahan zakat sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini hari ini. Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan anak-anak syarikat mendahului senarai syarikat menyerahkan […]
