56 SYARIKAT TUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN RM22.15 JUTA

SHAH ALAM, 16 Disember 2025 – Sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan tanggungjawab berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025, sekali gus mencerminkan komitmen sektor korporat dalam mengembalikan hak asnaf menjelang penghujung tahun.   Dherbs Holdings Sdn. Bhd. mendahului senarai syarikat dengan bayaran […]

LZS DAN KKM BIMBING PENERIMA BANTUAN UBAH CARA MAKAN DEMI KESIHATAN JANGKA PANJANG

PUCHONG, 8 November 2025 – Lebih 200 penerima Bantuan Perubatan dan Dialisis Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyertai Program Perkhidmatan Dietetik Komuniti 2025 di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, yang memberi tumpuan kepada pendidikan pemakanan sihat dalam kalangan asnaf bagi mencegah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan obesiti. Program ini merupakan anjuran LZS dengan […]

LZS SEDIAKAN PERUNTUKAN ZAKAT RM36.5 JUTA BIAYAI PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 85,336 PELAJAR ASNAF BAGI SESI 2026

CYBERJAYA, 18 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM36.5 juta bagi membiayai persiapan persekolahan 85,336 pelajar asnaf di seluruh negeri Selangor, sebagai persediaan awal menghadapi sesi persekolahan baharu yang bermula Januari hadapan. Bantuan ini disalurkan melalui 39,240 ketua keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf yang masing-masing menerima bantuan yuran persekolahan […]

LZS SERU UMAT ISLAM TUNAIKAN ZAKAT SEBELUM HUJUNG TAHUN

SHAH ALAM, 24 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru umat Islam agar segera menunaikan kewajipan zakat menjelang penutupan tahun 2025 yang berbaki hanya beberapa hari lagi. Seruan itu dibuat menerusi kempen khas “Rezeki Dikongsi, Impak Dirasa” yang berlangsung sehingga 31 Disember 2025, dengan cabutan khas hujung tahun disediakan sebagai ganjaran kepada pembayar zakat. […]

Teduhan Membina Semula Harapan

Kisah Impak Kembali ke Kisah Impak Teduhan Membina Semula Harapan “Terima kasih kepada semua pengeluar zakat yang membantu Mak Cik membina rumah baharu. Inilah impian keluarga kami selama ini,” luah Mak Cik Rafidah penuh kesyukuran setelah menerima kunci rumah baharu hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Rumah yang dibina bagi menggantikan kediaman lama yang uzur […]

Hidayah Di Warung Kecil: Kisah Muslimah Orang Asli

Kisah Impak Kembali ke Kisah Impak Hidayah Di Warung Kecil: Kisah Muslimah Orang Asli Perjalanan Rahmah memeluk Islam bukanlah mudah. Pada awalnya, pengislamannya dirahsiakan daripada ibu bapa. Reaksi pertama dingin dan jauh dari mesra. Namun Rahmah tidak pernah membalas dengan marah. Dengan penuh sabar, beliau terus menjaga silaturahim, dan akhirnya kasih sayang serta doa membuka […]

Institusi Baitus Salam: Dari Serpihan Ke Sakinah

Kisah Impak Kembali ke Kisah Impak Institusi Baitus Salam: Dari Serpihan Ke Sakinah Muhammad Ivan mula menjejakkan kaki ke Baitus Salam pada November 2022 dengan pengetahuan Islam yang sangat asas. Seperti mualaf lain, beliau memulakan langkah dengan belajar solat, mengenali huruf hijaiyah dan membaca Iqra’ satu per satu. Namun dengan keazaman yang luar biasa, beliau […]

Institusi Bait Al-Hasanah: Atap yang Meneduhkan Jiwa

Kisah Impak Kembali ke Kisah Impak Institusi Bait Al-Hasanah: Atap yang Meneduhkan Jiwa Nur Amin Shah: Istimewa, Namun Tetap Luar Biasa Dilahirkan pada 31 Ogos 2009, Nur Amin Shah bin Nariskandarshah ialah bukti bahawa kekurangan bukan penghalang kejayaan. Walaupun merupakan pelajar OKU yang membesar dalam keluarga asnaf di PPRT Taman Putra Damai, beliau tidak pernah […]

Institusi Al-Mawaddah oleh LZS: Jagaan Penuh Kasih

Kisah Impak Kembali ke Kisah Impak Institusi Al-Mawaddah oleh LZS: Jagaan Penuh Kasih Di Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al-Mawaddah, usaha melambatkan proses demensia dilaksanakan melalui program intervensi holistik yang menekankan latihan kognitif, interaksi sosial dan aktiviti harian yang merangsang minda. Objektif utamanya ialah memperlahankan kemerosotan fungsi kognitif serta meningkatkan kualiti hidup warga emas yang […]

Keluar Mualaf: Syawal Tanpa Tempat Berlindung

Kisah Impak Kembali ke Kisah Impak Keluarga Mualaf: Syawal Tanpa Tempat Berlindung Satu panggilan kecemasan diterima di cawangan Lembaga Zakat Selangor apabila sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil hadir dengan membawa hanya beberapa beg. Mereka baharu sahaja diusir keluar dari rumah keluarga. Maklumat segera disalurkan kepada Skuad Saidina Umar (SSU) yang terus mengambil tindakan […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor