LZS Salur Bantuan Makanan Di Pusat Penilaian Covid-19

SHAH ALAM, 16 Julai 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan 2,000 pek makanan dan minuman untuk diedarkan kepada orang awam yang hadir membuat penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Melawati selama tempoh 30 hari bermula hari ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop, sumbangan melibatkan 60,000 roti dan air ini […]

LZS Serah Sumbangan 20 Buah Kerusi Roda Kepada Hospital UiTM

PUNCAK ALAM, 25 Jun 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan 20 buah kerusi roda kepada Hospital UiTM sebagai usaha berterusan menyokong institusi awam utama di negara ini dalam menangani pandemik COVID-19. Kerusi roda berkenaan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop kepada Pengarah Hospital UiTM, Profesor Dr. Sazzli Shahlan Kasim dalam […]

LZS Jalin Kerjasama Dengan JKNS Realisasikan Skuad VOTG

SHAH ALAM, 8 Jun 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyediakan pengangkutan khas, khusus bagi merealisasikan program Skuad Vaccine On The Go (VOTG). Majlis pelancaran dan pelepasan Skuad VOTG ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz […]

Viral Ibu Tunggal: LZS Sahkan Dua Daripadanya Adalah Asnaf

SHAH ALAM, 4 Mei 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan dua daripada ibu tunggal yang mendakwa tidak menerima bantuan dari mana-mana agensi sebelum ini adalah asnaf zakat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop dalam sidang akhbar yang diadakan, ibu tunggal pertama tersebut merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS dan masih menerima […]

LZS Serah Sumbangan Zakat RM255 Ribu Kepada Hospital Dan Pusat Jagaan Warga Emas

SELAYANG, 16 April 2021– Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM255,000.00 kepada enam buah hospital dan lima buah pusat jagaan warga emas dalam Majlis Serahan Dana Hospital Mesra Ibadah dan Pelancaran Bakul Qaseh Ramadan di sini. Enam buah hospital tersebut ialah Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Ampang, Hospital Shah […]

Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Kekal RM7

Berita Terkini LZS Kembali ke Berita Terkini LZS Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Kekal RM7 Oleh Ima Syuhada – 21/04/2021 SHAH ALAM, 9 April 2020 – Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan bagi umat Islam di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah ialah sebanyak RM7.00 seorang, sama seperti tahun sebelumnya (2020). Ia selaras dengan […]

LZS Agih Bantuan Zakat RM28.0 Juta Kepada 61,315 Asnaf Fakir, Miskin Dan Mualaf Bagi Persiapan Ramadan & Hari Raya

Berita Terkini LZS Kembali ke Berita Terkini LZS LZS Agih Bantuan Zakat RM28.0 Juta Kepada 61,315 Asnaf Fakir, Miskin Dan Mualaf Bagi Persiapan Ramadan & Hari Raya Oleh Ima Syuhada – 21/04/2021 SHAH ALAM, 12 April 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mula mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM28,032,900 kepada 61,315 orang penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor