LZS Terima Zakat Perniagaan RM6.8 Juta Dari 46 Syarikat

SHAH ALAM, 27 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 46 buah syarikat berjumlah RM6,815,747.73 dalam satu majlis yang diadakan bertempat di Wisma PKPS di sini. Radicare (M) Sdn. Bhd. mendahului senarai syarikat yang menunaikan zakat perniagaan, menyerahkan zakatnya berjumlah RM984,122.00, diikuti SIRIM Qas International Sdn. Bhd. sebanyak RM943,149.46 […]

LZS Perkenal ‘IKTIRAF’ Hargai Muzakki Selangor

SHAH ALAM, 28 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memperkenalkan Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF) sebagai tanda penghargaan kepada para muzakki (pengeluar zakat) di Selangor yang selama ini bersama-sama LZS menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sini. Buat permulaan, sebanyak 34 syarikat korporat menerima penghargaan IKTIRAF […]

LZS Peruntukan Bantuan Zakat Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

SHAH ALAM, 20 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan RM600 kepada ketua keluarga fakir dan miskin termasuk bukan asnaf yang terjejas dengan bencana banjir di Selangor. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop “Pada masa ini, LZS sedang mengumpul maklumat ketua keluarga dengan kerjasama Jawatankuasa Bencana Daerah bagi menyelaraskan penyaluran bantuan […]

Zakat Selangor Peduli: LZS Salurkan RM3.35 Juta Bantu Program Pemutihan Maahad Tahfiz Selangor

SHAH ALAM, 20 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyalurkan sumbangan bagi membantu program Pemutihan Maahad Tahfiz melibatkan peruntukan agihan zakat di bawah insiatif Zakat Selangor Peduli (ZSP) sebanyak RM3,350,000. Simbolik penyerahan bantuan ZSP bagi Program Pemutihan Maahad Tahfiz Selangor disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd […]

LZS Terima Anugerah ‘Best Companies to Work for In Asia 2021’

PETALING JAYA, 17 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dinobatkan antara 43 syarikat yang menerima anugerah dari HR Asia – Best Companies to Work for in Asia 2021 (edisi Malaysia) dalam satu majlis berprestij yang diadakan di sini. LZS terpilih dari 270 penyertaan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Ketua Pegawai […]

LZS Peruntukan Agihan Zakat RM32.6 Juta Biayai Persiapan Persekolahan Anak-Anak Asnaf Fakir & Miskin Serta Mualaf

SHAH ALAM, 13 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM32,557,590.00 (RM32.6 juta) kepada 31,954 orang ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf di seluruh Selangor bagi membiayai persiapan persekolahan sesi 2022. Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Mufti Selangor, Dato’ Dr Anhar Opir di hadapan 150 orang asnaf di sini hari […]

LZS Salur Sumbangan Zakat RM3.7 Juta Kepada Tabung Kebajikan Pesakit

SHAH ALAM, 9 November 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM3,740,000.00 kepada Tabung Kebajikan Pesakit LZS di 18 buah hospital dan institusi perubatan sekitar Selangor serta Kuala Lumpur, melibatkan dua fasa penyaluran sumbangan sepanjang tahun ini. Melalui tabung tersebut, setiap hospital dan institusi perubatan masing-masing menerima sumbangan zakat di antara RM40,000.00 […]

Perkhidmatan Cawangan LZS Secara Janji Temu Mulai 23 Ogos

HAH ALAM, 20 Ogos 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membuka semula perkhidmatan 12 cawangan LZS di daerah secara janji temu mulai 23 Ogos ini. Waktu operasi bagi cawangan LZS adalah berdasarkan hari bekerja bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Bagaimanapun, cawangan Kompleks UTC Shah Alam akan beroperasi setiap hari kecuali pada […]

LZS Serah Sumbangan Pek Makanan & Minuman Kepada PKRC MAEPS DAN CAC Shah Alam

SERDANG, 9 Ogos 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan pek makanan dan minuman bernilai RM60,000 kepada pesakit dan petugas barisan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati, Shah Alam. Ia melibatkan 20,280 paket biskut dan kudapan, 9,600 botol air […]

Zakat Selangor Peduli: LZS Agih 120 Bakul Makanan Dengan Kerjasama IPD Shah Alam

SHAH ALAM, 23 Julai 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan agihan zakat berupa 120 bakul makanan yang diperuntukkan di bawah inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli untuk diedarkan kepada mereka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Penyerahan bakul makanan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor