38 Pelajar Orang Asli Terima Manfaat Kasihku Zakat Selangor

HULU LANGAT, 9 Februari 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menyerahkan 38 buah telefon pintar kepada pelajar asnaf di perkampungan orang asli daerah Hulu Langat dalam satu program penyerahan Kasihku Zakat Selangor yang diadakan di sini. Sumbangan tersebut adalah agihan semula yang disalurkan kepada 38 […]
LZS Cawangan Subang Jaya Kini Beroperasi di Masjid Darul Ehsan

SUBANG JAYA, 11 Februari 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Subang Jaya berpindah ke lokasi baharu bertempat di Masjid Darul Ehsan bermula 11 Februari 2022, berikutan penutupan cawangan Subang Jaya di Wisma Dicor yang pada 4 Februari lalu. LZS cawangan Subang Jaya ini akan beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat […]
LZS Peruntuk RM7.5 Juta Bantu Masjid, Surau Dan Sekolah Agama Terjejas Banjir

KUALA LANGAT, 28 Januari 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta bagi membantu 150 masjid, surau dan sekolah agama di Selangor yang terjejas teruk akibat bencana banjir Disember lalu. Melalui peruntukan pasca banjir itu, setiap masjid, surau dan sekolah agama menerima sumbangan zakat sehingga maksimum RM50,000 bagi menggantikan karpet, peralatan masjid, perabot sekolah […]
LZS Sedia Bantuan Pasca Banjir Bantu Asnaf Fakir Dan Miskin

SHAH ALAM, 6 Januari 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan bantuan pasca banjir bagi meringankan beban keluarga asnaf fakir dan miskin yang terkesan dengan banjir besar yang berlaku di Selangor pada tahun lepas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop, “Bantuan baik pulih dan bina rumah ini adalah skim bantuan sedia ada kepada […]
LZS Terima Zakat Perniagaan RM20 Juta Daripada Tujuh Syarikat Korporat

KLANG, 22 November 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan daripada tujuh syarikat korporat berjumlah RM20,058,447.49 yang diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu upacara di Istana Alam Shah, Klang. UMW Holdings Berhad yang diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ahmad Fuaad […]
LZS Peruntukan Wang Pengurusan Operasi Amil RM1.0 Juta Bantu Institusi Perubatan Dan Petugas Barisan Hadapan

SERDANG, 20 September 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan keseluruhan sumbangan sebanyak RM1,000,000.00 wang pengurusan operasi amil yang disalurkan bagi membantu institusi perubatan awam dan petugas barisan hadapan di Selangor dalam menangani pandemik COVID-19. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata “Sumbangan tersebut menggunakan dana pengurusan operasi amil yang diperuntukkan di bawah […]
LZS Jalin Kerjasama Richworks Agih Bakul Makanan

SHAH ALAM, 4 September 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama syarikat pengeluar zakat Richwork International Sdn Bhd hari ini mengagihkan sebanyak 250 bakul makanan kepada keluarga asnaf fakir dan miskin di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam. Sumbangan ini diagihkan melalui Pertubuhan Kebajikan Richwell yang disampaikan oleh Naib Presiden, Suley Nordyana Yahya. Turut […]
LZS Sumbang 7,000 Set Ppe Bagi Pengurusan Jenazah Covid-19 Selangor

KLANG, 18 Ogos 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan 7,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM385,000.00 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi kegunaan petugas-petugas pengurusan jenazah COVID-19 di negeri ini. Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop kepada Pengarah JAIS, Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu […]
Zakat Selangor Peduli: LZS Peruntukan RM69.3 Juta Santuni Asnaf Dan Golongan Terkesan

SHAH ALAM, 2 Julai 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM69.3 juta menerusi 19 inisiatif bantuan di bawah Zakat Selangor Peduli bagi menyantuni asnaf dan golongan B40 terkesan, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan akibat penularan pandemik COVID-19. Inisiatif bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 59,322 penerima dan 431 […]
LZS Salur RM1.8 Juta Kepada 17 Buah Hospital

SHAH ALAM, 25 Jun 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,770,000 kepada Tabung Kebajikan Pesakit LZS di 17 buah hospital sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bantuan berbentuk geran yang diperuntukkan sejak tahun 2008 lagi merupakan sebahagian usaha LZS menyantuni golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 bagi meringankan beban mereka yang memerlukan kos pembiayaan […]
