DYMM Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan RM10.8 Juta

SHAH ALAM, 13 Mac 2024 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM10,790,760.00 daripada empat syarikat korporat dalam satu program serahan zakat sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini hari ini. Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan anak-anak syarikat mendahului senarai syarikat menyerahkan […]
Sultan Selangor Lancarkan Sambutan Jubli Mutiara LZS

SHAH ALAM, 13 Mac 2024 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj hari ini melancarkan sambutan Jubli Mutiara Ulang Tahun Ke-30 Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meraikan tiga dekad penubuhan LZS sebagai sebuah institusi yang menerajui perubahan dalam pengurusan zakat di Selangor. Dalam usia ke-30 tahun, LZS terus dilihat sebagai […]
LZS Sediakan Peruntukan Zakat RM33.4 Juta Biayai Persiapan Persekolahan Anak-Anak Asnaf Fakir & Miskin Serta Mualaf

HULU LANGAT, 8 Februari 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan peruntukanagihan zakat sebanyak RM33,414,415 (RM33.4 juta) bagi membiayai persiapan persekolahan 70,283 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf sesi 2024. Ia meliputi semua peringkat umur pelajar iaitu pra sekolah seramai 1,235 orang, Sekolah Rendah Kebangsaan/Sekolah Rendah Agama (32,708 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah […]
413 Panel Farmasi Mudahkan Penerima Bantuan Perubatan LZS

SHAH ALAM, 29 Januari 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik sejumlah 413 panel farmasi di seluruh Selangor bagi memudahkan penerima bantuan perubatan mendapatkan bekalan keperluan perubatan yang diperlukan. Panel farmasi ini dilantik berdasarkan kepada kapabiliti membekal keperluan perubatan kepada asnaf dan dalam masa sama memenuhi syarat serta kelayakan yang ditetapkan oleh LZS. Ini termasuk memiliki […]
Pendirian LZS Berkaitan Amanah Dan Integriti Mengurus Wang Zakat

SHAH ALAM, 5 Januari 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) amat menitikberatkan amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi memastikan wang zakat diurus dengan baik. Susulan kenyataan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, LZS sentiasa bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. LZS amat memandang serius terhadap […]
LZS Dekati Golongan Selebriti Dalam Program Dakwah

SHAH ALAM, 30 November 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendekati golongan selebriti tanah air melalui program dakwah Selebriti Bersama Mufti yang diadakan di sini hari ini. Program yang disertai lebih 30 selebriti ini bukan sahaja memberi ruang bagi perkongsian maklumat berkenaan pengurusan zakat terutama berkaitan kutipan dan agihan, malah ia juga sebagai platform galakan […]
44 Asnaf Cemerlang Dalam Pelajaran, Perniagaan Diraikan

SHAH ALAM, 3 Disember 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini meraikan kejayaan asnaf yang menerima bantuan zakat dari LZS dalam Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang, disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Paduka Prof. Emeritus Dr. Muhamad Awang di sebuah hotel di sini. Majlis ini mengiktiraf kejayaan 44 orang asnaf zakat, di samping […]
LZS Agih RM34.25 Juta Bantuan Khas Keperluan Hidup Santuni 68,500 Penerima

JENJAROM, 7 November 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM34.25 jutamenerusi Bantuan Khas Keperluan Hidup bagi menyantuni 68,500 asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor. Simbolik penyerahan bantuan diadakan dalam satu majlis bertempat di Masjid AlFalah, Kampung Jenjarom di sini hari ini. Agihan zakat ini merupakan pemberian tambahan kepada bantuan sedia ada yang diterima […]
LZS Raikan 115 Pelajar Tamat Kelas 3m

SHAH ALAM, 30 September 2023 – Seramai 115 orang orang pelajar berusia antara 7 hingga 12 tahun yang menyertai Kelas Intervensi 3M (Membaca, Menulis, Mengira) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama ADAB Youth Garage (AYG) diraikan dalam satu majlis graduasi bertempat di Dewan Muktamar Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA […]
LZS Terima Zakat Perniagaan KPS

SHAH ALAM, 3 Oktober 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan dari Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) berjumlah RM4,717,000.00 bagi tahun berakhir 2022. Serahan zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KPS, Ahmad Fariz Hassan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dalam satu majlis […]
