LZS Terima Zakat Perniagaan RM6.8 Juta Dari 46 Syarikat

SHAH ALAM, 27 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 46 buah syarikat berjumlah RM6,815,747.73 dalam satu majlis yang diadakan bertempat di Wisma PKPS di sini. Radicare (M) Sdn. Bhd. mendahului senarai syarikat yang menunaikan zakat perniagaan, menyerahkan zakatnya berjumlah RM984,122.00, diikuti SIRIM Qas International Sdn. Bhd. sebanyak RM943,149.46 […]
LZS Perkenal ‘IKTIRAF’ Hargai Muzakki Selangor

SHAH ALAM, 28 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memperkenalkan Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF) sebagai tanda penghargaan kepada para muzakki (pengeluar zakat) di Selangor yang selama ini bersama-sama LZS menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sini. Buat permulaan, sebanyak 34 syarikat korporat menerima penghargaan IKTIRAF […]
