Fahami Makna & Kepentingan Zakat

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Siapakah Yang Wajib Berzakat?

Orang yang wajib membayar zakat disebut sebagai muzakki. Muslim yang memenuhi syarat-syarat tertentu wajib menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.

Islam

Pemilik harta yang beragama Islam sahaja diwajibkan mengeluarkan zakat.

Merdeka

Bebas daripada cengkaman perhambaan.

Milik Sempurna

Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus harta tersebut.

Cukup Nisab

Nisab ialah jumlah minimum pemilikan sesuatu harta yang menjadi syarat wajib zakat ke atas harta itu.

Cukup Haul

Haul ialah tempoh setahun atau 12 bulan mengikut tahun hijri dan wujud pemilikan kekal.

Apa itu nisab?

Nisab adalah suatu nilai minimum harta pemilikan yang harus dimiliki oleh seorang Muslim sebelum dia diwajibkan membayar zakat. Nilai ini diukur dalam perkara tertentu, seperti gram emas atau perak. Jika harta pemilikan seseorang mencapai atau melebihi nisab, maka dia diwajibkan membayar zakat sebagai syarat kewajipan rukun Islam.

Adakah nisab berubah sepanjang tahun?

Nisab dapat berubah bergantung pada jenis harta dan fluktuasi nilai pasaran semasa.

RM 35,449.00

Jumlah Minimum Harta Yang Perlu Dimiliki Oleh Seseorang Diwajibkan Membayar Zakat.

RM 582.57
Tarikh Berkuat kuasa pada 20-11-2025
RM 7.06
Tarikh Berkuat kuasa pada 21-11-2025

Jenis Zakat

Zakat Fitrah

Zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat ditetapkan.

Zakat Harta

Zakat yang dikenakan ke atas harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar Zakat Harta dan Pendapatan adalah 2.5% daripada jumlah nilai.

Zakat Pendapatan

Harta pendapatan ialah semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha.

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan.

 

 

 

Zakat Wang Simpanan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.

Zakat Pelaburan

Zakat yang wajib dikeluarkan oleh pemilik saham atau pemilik syarikat yang turut berkongsi keuntungan atau kerugian.

Zakat KWSP

Zakat yang dikenakan hasil pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya ang dicarum di KWSP.

Zakat Emas

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.

Zakat Kripto

Mata wang kripto adalah mata wang yang dicipta berasaskan teknologi Blockchain dan teknologi digital.

Zakat Padi

Zakat padi wajib dikeluarkan atas HASIL BERSIH jualan padi (Hasil jualan padi-kos penghasilan padi).

Fidyah

Fidyah ialah bayaran denda bagi individu yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan sebelum tiba Ramadhan berikutnya.

Zakat Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor