Bait al-Hasanah

Home Asnaf Bait al-Hasanah

Bait al-Hasanah

Bait Al-Hasanah merupakan salah satu usaha Lembaga Zakat Selangor bagi membantu
anak-anak asnaf fakir miskin berjaya dalam pelajaran dengan menyediakan
suasana yang kondusif untuk belajar

Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh
Lembaga Zakat Selangor

Membantu anak asnaf dari kumpulan generasi kedua asnaf fakir miskin
untuk membentuk ke arah masa hadapan yang lebih baik.

Objektif Penubuhan

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah akademik dan ko kurikulum
  • Menyediakan insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran.
  • Memberi perlindungan, bimbingan, pembangunan diri dan didikan kepada anak-anak asnaf.
  • Menjaga kebajikan anak-anak asnaf yang ditempatkan di bawah institusi LZS.
  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang baik serta kondusif.

Syarat Kemasukan

Syarat Umum

  • Anak-anak asnaf fakir/miskin yang layak dan disahkan oleh Eksekutif Zakat Daerah atau Pengurus Operasi Daerah pada tahun pengambilan
  • Berumur 10 tahun ke atas dan diutamakan kepada anak-anak asnaf fakir/miskin berumur 10 tahun (Darjah 4)

Syarat Khusus

  • Tiada rekod displin/jenayah oleh mana-mana pihak
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Sekiranya anak-anak asnaf tidak bersekolah-surat sokongan daripada Pengurus Operasi Daerah, Pengurus Sektor Pejabat Agihan

KOMPLEKS BAITUL HASANAH KLANG

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Lot 14379, 14380, 14381 Jalan Kebun Baru,
Kampung Perepat, Mukim Kapar,
42100 Klang, Selangor
No Tel : 03 32905020

Pin It on Pinterest

Share This