SHAH ALAM, 14 Disember 2017 – Lembaga Zakat Selangor hari ini menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM525,000 kepada 50 buah masjid angkat melalui penganjuran Program Istiqamah Dalam Ibadah (ISLAH) bagi asnaf fakir dan miskin di Selangor.
Program ISLAH merupakan inisiatif Zakat Selangor bertujuan meningkatkan ilmu terutama berkaitan ibadah sama ada dari segi teori mahupun amali dalam kalangan asnaf fakir dan miskin dengan menjadikan masjid sebagai pusat perantara.
 
Pada peringkat permulaan, sebanyak 15 buah masjid angkat terpilih dalam melaksanakan program perintis pada tahun 2016, sebelum ditambah menjadi 50 buah masjid angkat di seluruh Selangor pada tahun ini. Masjid yang terpilih ini terdiri daripada masjid yang mempunyai kariah ramai dalam kalangan asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan Zakat Selangor.
 
Melalui program ISLAH, setiap masjid angkat terpilih akan melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan asnaf fakir dan miskin menggunakan sumbangan zakat yang disalurkan. Ia bagi menggalakkan lebih ramai asnaf fakir dan miskin mendekati masjid sekaligus mengimarahkannya. Selain itu melalui aktiviti berkala ini, dapat melahirkan asnaf yang berilmu dalam ibadah dan istiqamah dalam beramal.
 
Terdahulu, sebanyak 35 buah masjid telah menerima surat pelantikan program ISLAH dalam Majlis Taklimat dan Perasmian Program ISLAH Zakat Selangor.
 
Menurut Pengurus Masjid As-Salam, Puchong, Mohammad Nor Salami Masri, “Masjid As-Salam antara masjid angkat yang terpilih dalam program ISLAH ini sewaktu mula diperkenalkan tahun 2016. Melalui peruntukan yang diberikan oleh Zakat Selangor, kami telah melaksanakan pelbagai program khusus untuk pembangunan asnaf fakir dan miskin di Puchong. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan terbukti berkesan dalam menggalakkan golongan asnaf hidup bermasyarakat.” 
 
Hadir sama dalam majlis ini, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid (Unit Kariah), Jabatan Agama Islam Selangor, Muhamad Khir Zainal