SHAH ALAM, 10 Jun 2019 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan pelantikan Tuan Haji Saipolyazan Mat Yusop sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LZS berkuatkuasa 10 Jun 2019.

Saipolyazan yang pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang pengurusan.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini adalah Head of Facility Management – Alborj Facility Management (Arab Saudi), Pengarah Pengurusan Fasiliti IBEX Management Services Sdn Bhd, Pengarah Operasi Kumpulan IBEX Group of Companies, Pengurus Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB), Ketua Perancangan dan Pembangunan Celcom Kawasan Tengah, Penolong Pengurus Telekom Malaysia, & Jurutera Elektrik PETRONAS.

Semoga dengan pelantikan ini akan meneruskan visi LZS untuk memperkasakan lagi pengurusan zakat di Negeri Selangor.