SUNGAI BULOH, 12 Oktober 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program tanggungjawab zakat dengan meraikan 130 orang penghuni di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras baru-baru ini.  

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara LZS dengan penghuni di sini yang terdiri daripada anak-anak yatim bersempena sambutan Maulidur Rasul. 

Lebih menarik, ia turut mendapat tajaan makan tengah hari dari QSR (M) Sdn Bhd ini berupa KFC. Dalam program sama, syarikat Elhedge Sentosa Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Luqman Hakim Abdul Malik turut menyerahkan sumbangan barangan masak kepada wakil Rumah Kasih Harmoni. 

Hadir sama, Ketua Divisyen Perhubungan Stakeholder dan Komunikasi Korporat, Datin Setia Norajun Ainun Mohd Hashim.